MGPerak: Perak Terus Bantu Masyarakat India Menerusi Pendidikan, TVET

92

Kerajaan Negeri Perak akan terus memperkukuh pembangunan masyarakat India menerusi pelbagai inisiatif termasuk bantuan kepada rumah ibadat, program keagamaan dan moral serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, Datuk A Sivanesan berkata, masyarakat India merangkumi kira-kira 13 peratus daripada keseluruhan penduduk negeri itu, dengan majoritinya beragama Hindu.

Menurutnya, perubahan landskap pekerjaan turut menyaksikan sebahagian besar masyarakat India yang sebelum ini bekerja dalam sektor perladangan telah beralih ke bidang pekerjaan lain. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #masyarakatIndia #TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini