Lebih ramai Ahli Parlimen PN bakal sokong Kerajaan Perpaduan – Anwar

IPOH – Lebih ramai Ahli Parlimen dari gabungan Perikatan Nasional (PN) dijangka akan tampil beralih sokongan kepada Kerajaan Perpaduan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tanpa mengulas lebih lanjut, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tindakan itu susulan keyakinan mereka terhadap PN semakin terhakis.

“Keyakinan mereka terhakis dek kerana janji-janji palsu yang dibangkitkan (pimpinan PN), kerana kononnya ada tujuan dan matlamat untuk ‘tebuk atap’ (untuk menjatuhkan kerajaan).

“Saya sudah katakan seperti sebelum ini bahawa kerajaan ketika ini bukan guna ‘atap rembia’ tetapi ‘atap konkrit’.

“Dicuba pula untuk berpindah (cubaan gerakan jatuhkan kerajaan) ke Dubai dan London. Mereka lupa bahawa ‘konkrit’ lebih tebal jika di sana,” katanya.

Anwar Ibrahim PN kerajaan perpaduan sokongan ahli parlimen MP PN Anwar Ibrahim PN kerajaan perpaduan sokongan ahli parlimen MP PN
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan perasmian penutup pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, serta Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Pada Jumaat, media melaporkan, 10 lagi Ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dijangka akan memberi sokongan kepada Anwar menjelang pembukaan sidang Parlimen pada 26 Februari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilaporkan mendakwa lima Ahli Parlimen dari utara, iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak; tiga dari Pantai Timur, iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang serta dua lagi dari Selangor dan Melaka.

Beliau juga dilaporkan berkata keputusan itu dibuat Ahli Parlimen berkenaan kerana amat kecewa dengan parti.

Pada masa sama, Anwar berkata, gabungan kerjasama politik induk antara PH dan BN kini menjadi satu kekuatan politik yang tidak mudah dirobohkan di Semenanjung.

Malah katanya, keutuhan itu semakin kuat apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menzahirkan tekad politik yang sama.

Anwar Ibrahim PN kerajaan perpaduan sokongan ahli parlimen MP PN Anwar Ibrahim PN kerajaan perpaduan sokongan ahli parlimen MP PN
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

“Saya berbincang dengan Ahmad Zahid dan Jemaah Menteri bahawa tidak pernah ada masalah di antara kami sebaliknya ia hanya cubaan mewujudkan persepsi dengan tujuan mahu melemahkan kami.

“Kerajaan Perpaduan Madani ini haru tumpu sepenuhnya ke arah membangunkan negara dengan memacu pertumbuhan, dan kita mempunyai minimal selama empat tahun untuk melemahkannya,” ujarnya lagi.

Pada perkembangan sama, Anwar akan meminta pimpinan negeri-negeri lain selari dengan parti gabungan di Persekutuan untuk turut mengadakan Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang sama seperti dianjurkan di Perak. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perpaduan bukan satu khayalan di Perak – Mujahid

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI