Lelaki ‘berseluar dalam’ pecah patung kuil positif ganja

TAIPING – Seorang lelaki yang hanya memakai seluar dalam bertindak secara agresif memecahkan patung berhala di Kuil Sri Mangala Nayagi Amman, Matang, dekat sini, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.01 pagi tadi.

Menurutnya, susulan insiden tersebut, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan dan dua tukul besi yang dipercayai digunakan suspek turut dirampas.

“Berdasarkan laporan yang diterima, saksi telah melihat suspek bertindak agresif memecahkan patung kuil dalam keadaan memakai seluar dalam tanpa baju dan seluar.

“Suspek juga menolak seorang mangsa yang cuba menenangkan suspek ketika kejadian.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif ganja (THC),” katanya dalam satu kenyataan media pada malam ini.

Beliau berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 dan 295 Kanun Keseksaan.

“Permohonan reman akan dibuat Mahkamah Majistret Taiping esok untuk melengkapkan siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut kerana dibimbangi mendatangkan kegusaran kepada orang awam. – MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI