Lelaki meninggal dunia atas siling ketika membuat pendawaian

IPOH – Seorang lelaki meninggal dunia selepas pengsan sewaktu melakukan kerja-kerja pendawaian di siling sebuah rumah satu tingkat di Taman Chemor Perdana, di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.23 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Ketika jentera tiba di lokasi, didapati seorang lelaki berusia 39 tahun telah pengsan di atas siling sewaktu melakukan kerja-kerja pendawaian rumah.

“Ketua operasi melakukan pemeriksaan dan mengarahkan anggota penyelamat melakukan kerja penyelamatan bersama anggota EMRS (Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan) dengan menaiki siling rumah menggunakan tangga.

“Seterusnya anggota EMRS melakukan perawatan awal CPR (rawatan resusitasi kardiopulmonari) terhadap mangsa.

“Pihak KKM (Kementerian Kesihatan) yang berada di lokasi kejadian melakukan pemeriksaan dan mendapati mangsa tersebut telah meninggal dunia.

“Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung melalui ruangan siling  menggunakan tangga dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 8.27 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga pekerja maut dalam lubang pembetung di Lenggong

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI