Lelaki Orang Asli rentung selepas kereta di parkir terbakar

TAPAH – Seorang lelaki Orang Asli rentung selepas kenderaan dinaikinya terbakar ketika di parkir di Batu 23, Jalan Pahang, di sini, sekitar jam 10 malam, pada Isnin.

Mangsa berusia 50 tahun, duduk di belakang kereta jenis Proton Saga maut dilokasi kejadian selepas gagal diselamatkan orang awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.04 malam memaklumkan kejadian sebuah kereta sedang terbakar dan terdapat mangsa di dalamnya.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah telah digerakkan dan tiba dilokasi pada jam 11.09 malam dan mendapati sebuah kereta jenis Proton Saga telah terbakar.

“Kebakaran menyebabkan kereta berkenaan musnah terbakar sekitar 50 peratus dan terdapat seorang mangsa lelaki Orang Asli di dalam kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada malam Isnin.

Ujar beliau, kebakaran telah dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba di tempat kejadian.

“Ketua operasi kemudiannya membuat ‘size up’ dan mengambil maklumat serta membantu pihak polis mengeluarkan mayat lelaki Orang Asli berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, operasi berkenaan diketuai PPgB Saiful Rzan Sulaiman dan operasi tamay sepenuhnya pada jam 11.36 malam. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ibu, anak OKU ditemukan rentung dalam kebakaran pondok kebun

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI