Lelaki warga emas melecur selamatkan diri dalam kebakaran

PASIR SALAK – Seorang lelaki warga emas melecur pada bahagian belakang badan selepas berusaha untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran di kediamannya di Kampung Biak Darat, Kampung Gajah, di sini awal pagi Khamis.

Mangsa, Isa Osman, 61, kemudiannya diberikan rawatan sebelum dihantar pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ke hospital bagi rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 1.05 pagi.

Katanya sejurus selepas itu sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah serta dibantu BBP Seri Iskandar diatur gerakkan ke lokasi bagi kerja-kerja pemadaman api.

“Pasukan bomba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas B dengan keluasan 22 X 50 kaki telah musnah 80 peratus.

“Dalam kejadian itu, terdapat seorang mangsa mengalami kecederaan yang mana sedikit melecur pada bahagian belakang semasa berusaha menyelamatkan diri daripada kebakaran,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Rumah mangsa yang mengalami kebakaran. foto ihsan JBPM PERAK

Menurutnya lagi, pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api di lokasi dengan menggunakan satu aliran 900 kaki air yang dipam dari jentera bomba.

Tambah Sabarodzi pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya ke hospital untuk tindakan susulan.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Rizal Tajuddin itu tamat pada jam 3.30 pagi. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI