Lemas terhidu asap punca kematian orang asli

TAPAH – Polis mengesahkan punca kematian seorang lelaki orang asli dalam keadaan rentung dalam sebuah kereta di Batu 23, Jalan Pahang dekat sini, pada Isnin akibat lemas akibat terhidu asap.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, ia diketahui selepas proses bedah siasat ke atas mayat mangsa selesai dilakukan di Hospital Tapah, pada Rabu.

Walau bagaimanapun katanya, pihak bomba masih belum dapat memastikan punca kebakaran terhadap kenderaan terbabit.

“Pihak polis mengesyaki mangsa bunuh diri, akan tetapi tiada sebarang nota yang ditemui di lokasi kejadian.

“Berdasarkan siasatan, kenderaan yang terbakar itu dipercayai bukan milik mangsa. Sebaliknya ia adalah kenderaan yang rosak dan sudah lama ditinggalkan di tempat kejadian,” katanya pada Rabu.

Pada Selasa, media melaporkan seorang lelaki orang Asli ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah kereta di Jalan Batu 23, Jalan Pahang di sini.

Mangsa dikenali sebagai Bading Bah Yek berusia 59 tahun dan beralamat di lokasi sama.

Ketika kejadian, mangsa yang duduk di belakang kereta jenis Proton Saga maut di lokasi kejadian selepas gagal diselamatkan orang awam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 10.04 malam Isnin berhubung kejadian sebuah kereta sedang terbakar dan terdapat mangsa di dalamnya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki Orang Asli rentung selepas kereta di parkir terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI