Lenggong kaya dengan khazanah warisan, sejarah dunia

SESIAPA sahaja dalam perjalanan ke Hulu Perak dengan melintasi Jambatan Raja Nazrin Shah, pastinya pandangan akan terpukau dengan keindahan Tasik Raban di Lenggong yang dikelilingi dengan bukit dan gunung menghijau.

Terletak kira-kira 75 kilometer (km) dari Bandar Raya Ipoh, Lenggong sememangnya kaya dengan khazanah warisan dan sejarah bukan sahaja negara, malah dunia.

Permandangan yang indah untuk pelancong berswafoto atau bergambar menuju ke kawasan Ternakan Rusa dan AgroPelancongan Prospek Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Orang ramai mengambil peluang melihat pelbagai pameran yang di sediakan ketika mengunjungi ke Galeri Lenggong Geopark. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Rentetan itu, Lenggong Geopark memperoleh pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 2012.

Di samping itu, lembah berkenaan mempunyai 27 geotapak yang mana lima daripadanya bertaraf antarabangsa manakala 22 yang lain bertaraf kebangsaan; tapak arkeologi (sembilan), tapak biologi (lapan) dan 18 tapak budaya serta sejarah.

Berikut adalah antara lokasi yang boleh disinggah jika langkah terhenti di tapak warisan dunia ini.

Pemilik Galeri Aki di Kampung Chepor, Lenggong, Lukhman Mahmud memberi taklimat mengenai sawah padi pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

 Galeri Lenggong Geopark

Sekiranya menjejakkan kaki ke daerah ini, Galeri Lenggong Geopark di Kota Tampan wajib menjadi destinasi pertama untuk dikunjungi.

Ini kerana galeri yang terletak di kawasan seluas kira-kira 1.42 hektar itu mempamerkan pelbagai jenis batuan dan penemuan prasejarah berusia puluhan juta tahun yang dikumpulkan dari sekitar Lenggong.

Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Galeri Lenggong Geopark. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Menurut Ketua Unit Warisan dan Pelancongan Majlis Daerah Lenggong, Nur Suhaddah Mustaffa, galeri berkenaan mempamerkan pelbagai maklumat sejarah termasuk berkaitan dengan bencana hentaman meteorit di Bukit Bunuh serta kesan debu dari letusan Gunung Berapi Toba Indonesia.

“Bumi Lenggong ini kaya dengan sumber batuan, biologi, flora dan fauna, sejarah serta budaya sehingga kesinambungan manusia yang hidup ke hari ini.

“Dan oleh itu, Galeri Lenggong Geopark ini harus dilawati kerana selain berfungsi sebagai galeri, ia juga sebagai pusat sehenti pelancong untuk mendapatkan sebarang informasi berkaitan daerah ini,” katanya.

galeri Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Pengamal media membuat lawatan ke Galeri Lenggong Geopark pada Program Lawatan Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bersama pengamal media bergambar selepas melawat Galeri Lenggong Geopark pada Program Lawatan Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Lawatan Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024), Lenggong, baru-baru ini.

Galeri berkenaan dibina melalui projek pembangunan usahasama antara Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Kerajaan Negeri Perak, Majlis Daerah Lenggong, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta Yayasan Albukhary.

Projek Pembinaan Galeri Lenggong Geopark yang bernilai RM2.3 juta itu merupakan salah satu projek di bawah tanggungjawab korporat (CSR) yayasan berkenaan.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Terletak kira-kira 1 km daripada Galeri Lenggong Geopark, Galeri Arkeologi Lembah Lenggong juga tidak harus dilepaskan daripada dikunjungi.

Berkeluasan kira-kira 3.3 hektar, galeri berkenaan mempamerkan artifak dan maklumat daripada beberapa ekskavasi arkeologi prasejarah yang ditemui di sekitar geopark itu.

Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Tarikan utama Galeri Arkeologi Lembah Lenggong adalah replika rangka Orang Perak atau Perak Man yang dipercayai hidup di daerah itu sekitar 11,000 tahun dahulu.

Difahamkan, rangka Perak Man itu disifatkan unik kerana ia merupakan rangka manusia purba paling lengkap pernah ditemui di luar benua Afrika.

Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) bersama pengamal media melihat replika rangka Perak Man ketika membuat lawatan ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong pada Program Lawatan Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Lawatan ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Menurut maklumat di lokasi, rangka prasejarah itu ditemukan hasil penyelidikan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990.

Ia menjadi bukti bahawa Lenggong pernah didiami manusia lebih daripada puluhan ribu tahun dahulu.

Galeri Aki Kampung Chepor

Daripada zaman prasejarah, kunjungan ke Lenggong pastinya tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke Galeri Aki yang berada di Kampung Chepor.

Diusahakan Tok Aki, atau nama sebenarnya Lukhman Mahmud, 64, rumah tradisional Melayu yang berusia lebih 60 tahun itu menempatkan pelbagai jenis barangan lama baik pada zaman kesultanan Melayu sehingga ke era pra-kemerdekaan.

Pemilik Galeri Aki di Kampung Chepor, Lenggong, Lukhman Mahmud pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Pengamal media dan Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) mengunjungi Galeri Aki di Kampung Chepor, Lenggong pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Antara yang dipamerkan termasuk replika pintu koleksi persalinan Melayu tradisional, keris, Kota Gangga Negara, peralatan pertanian lama, koleksi barangan rumah lama, serta kedai gunting rambut ketika Perang Dunia Kedua.

Cinta Lukhman pada sejarah dan budaya Melayu juga boleh disimpulkan melalui julukan sebagai ‘kamus bergerak’ oleh penduduk setempat.

Pemilik Galeri Aki di Kampung Chepor, Lenggong, Lukhman Mahmud pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Galeri Aki di Kampung Chepor, Lenggong pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Kuak Hill Resort

Selepas puas menelaah sejarah dan warisan tempatan, pengunjung boleh melipurkan diri dengan mengunjungi Kuak Hill Resort yang terletak di Kampung Kuak, Lata Papan.

Berada pada ketinggian 540 meter dari paras laut, ia menyajikan pengunjung dengan keindahan alam semula jadi di sekelilingnya selain menikmati pandangan Banjaran Titiwangsa dan Tasik Raban yang memukau.

Kuak Hill Resort, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Kuak Hill Resort, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Pengurus resort, Mohd Azrul Nizam Aziz, 41, berkata, Kuak Hill Resort yang mula dibangunkan sejak lima tahun lalu sering menerima kunjungan dari dalam dan luar negeri khususnya melalui kempen Tahun Melawat Perak 2024.

“Resort ini terdiri daripada penginapan lapan vila serta enam tapak perkhemahan berkonsepkan ‘glamping’ atau perkemahan mewah dengan harga ditawarkan bermula pada RM199 satu malam.

Pelancong yang tiba di Kuak Hill Resort, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Pengamal media dan kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) pada Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) di Kuak Hill Resort, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

“Di samping itu, Kuak Hill Resort turut mempunyai tarikan kolam renang yang mana airnya bersumberkan kepada air sungai serta mampu memuatkan hampir 100 orang pada satu-satu masa,” katanya lagi.

Menurut Mohd Azrul, antara aktiviti lain yang boleh dilakukan di resort yang terletak di atas tanah berkeluasan 8 ekar itu adalah, menunggang kenderaan serba rupa bumi (ATV), merentas hutan, dan sebagainya.

Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Bilik yang di sediakan di Kuak Hill Resort, Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong

Salah satu tarikan agropelancongan di Lenggong yang akan dibuka kepada umum adalah Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong.

Dianggarkan lebih daripada 200 ekor rusa baka timorensis ditempatkan di ladang ternakan seluas kira-kira 80 hektar di Mukim Durian Pipit itu.

Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Pengamal media berpeluang memberi rusa makanan ketika melawat kawasan Ternakan Rusa dan AgroPelancongan Prospek Lenggong bersempena Program Pengenalan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024). Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.
Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Kawasan Ternakan Rusa dan AgroPelancongan Prospek Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Prospek atau singkatan bagi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung itu dibangunkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) melalui peruntukan RM8 juta.

Difahamkan kawasan yang diusahakan Koperasi Penggerak Ekonomi Lenggong Berhad itu kini sedang dalam perancangan untuk diwujudkan aktiviti ATV dan kawasan perkemahan sebagai salah satu aktiviti agropelancongan di situ.

Geopark Lenggong Hulu Perak warisan dunia sejarah khazanah UNESCO geotapak Sungai Perak Arkeologi Tok Aki Tasik Raban Kuak Hill Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong Durian Pipit daerah
Bot yang di sediakan untuk membawa pelancong ke kawasan Ternakan Rusa dan AgroPelancongan Prospek Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 MAY 2024.

Di samping itu, turut dirancang adalah pembangunan aktiviti pelayaran bot daripada Jeti Durian Pipit ke Ladang Ternakan Rusa Prospek Lenggong yang memakan masa perjalanan kira-kira 30 minit.

Pelayaran yang menelusuri sekitar Tasik Chenderoh dan Sungai Perak itu pastinya menjanjikan pemandangan flora dan fauna yang mengagumkan.

Tidak tahu hendak ke mana hujung minggu ini? Moh ke Lenggong. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PAC 2024 sasar lebih 2,000 pengunjung sehari

Sultan Nazrin sempurnakan pemasyhuran Lenggong Geopark

 

VIDEO:

MGPerak: Moh Kome Lihat Destinasi Pelancongan Di Lenggong Yang Anda Boleh Kunjungi

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI