LKIM jamin bekalan ikan untuk Tahun Baharu Cina cukup

PARIT BUNTAR – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bahawa bekalan ikan sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina mencukupi.

Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya telah membuat persiapan rapi bagi memastikan sumber makanan itu cukup sebagaimana yang dihadapi Monsun Timur Laut (MTL) sebelum ini.

LKIM musim perayaan jamin bekalan ikan untuk Tahun Baru Cina cukup Muhammad Faiz
Pengerusi Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil menyerahkan bantuan persekolahan kepada anak-anak nelayan pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah LKIM-PETRONAS di Tanjung Piandang, Parit Buntar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2025.

“Kita bekerjasama dengan persatuan-persatuan nelayan dan syarikat swasta di seluruh negara dalam memastikan bekalan ikan cukup pada musim perayaan ini

“Dan setakat ini kita mempunyai bekalan ikan segar beku sebanyak 1,600 metrik tan, yang mana ia termasuk dengan ikan yang diimport dan juga ikan-ikan yang ditangkap nelayan tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah (LKIM-Petronas) di Dewan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)Tanjung Piandang, dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah LKIM Negeri Perak, N Sundralingam; Pengurus Agriculture Semenanjung, Divisyen Perniagaan Komersial, Petronas Dagangan Berhad, Eries Azwan Deraman, serta Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bin Bahari.

LKIM musim perayaan jamin bekalan ikan untuk Tahun Baru Cina cukup Muhammad Faiz
Pengerusi Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil berucap pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah LKIM-PETRONAS di Tanjung Piandang, Parit Buntar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2025.

Tambah Muhammad Faiz, pihaknya juga yakin sekiranya bekalan ikan di seluruh negara mencukupi, harga bahan makanan mentah itu akan stabil di pasaran pada musim perayaan ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, LKIM juga bersetuju untuk menambah peruntukan kuota minyak diesel sebanyak sejuta liter kepada nelayan di Perak.

Ujar beliau, pengumuman itu akan menjadikan kesemua nelayan di negeri ini menerima peruntukan kuota bahan bakar berkenaan kepada 20 juta liter bermula Februari depan.

“Perkara itu diputuskan selepas kita mengambil kira bilangan vesel yang banyak, di samping Perak merupakan negeri yang paling banyak mendaratkan ikan di negara ini.

“Namun, saya berharap subsidi diesel itu tidak disalahgunakan untuk tujuan lain, sebaliknya gunakan ia untuk tangkapan ikan demi memastikan bekalan terjamin pada musim perayaan ini,” katanya lagi.

LKIM musim perayaan jamin bekalan ikan untuk Tahun Baru Cina cukup Muhammad Faiz
Pengerusi Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil bergambar kenangan bersama anak-anak nelayan pada Program Madani Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah LKIM-PETRONAS di Tanjung Piandang, Parit Buntar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2025.

Terdahulu pada program, Muhammad Faiz menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah kepada 130 penerima dalam kalangan anak-anak nelayan dengan peruntukan keseluruhan RM15,000.

Antara barangan yang disampaikan adalah baucar untuk pakaian dan kasut sekolah, serta peralatan lain iaitu beg, botol air dan bekas alat tulis.

Program anjuran LKIM dengan kerjasama NEKMAT dan Petronas itu diadakan sebagai usaha mengurangkan kos para nelayan dalam melakukan persiapan anak dalam menempuh tahun baru persekolahan yang bakal tiba. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bekalan ikan Ramadan, Aidilfitri mencukupi, harga terkawal -LKIM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI