Luluskan pinjaman RM3 juta: Kakitangan bank terima rasuah ditahan SPRM

IPOH – Seorang kakitangan di sebuah bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah melibatkan kelulusan pinjaman lebih RM3 juta.

Lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan ketika hadir ke Pejabat SPRM Perak di Bandar Meru Raya, dekat sini, sekitar jam 4 petang, pada Rabu.

Difahamkan, wang sogokan berjumlah RM141,700 itu diterima bagi meluluskan pinjaman bank berjumlah RM3,442,700.

Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan berkenaan penahanan lelaki terbabit.

“Siasatan lanjut terhadap kes itu sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” kata beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Peguam terima sogokan RM1.6 juta ditahan SPRM Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI