Peguam terima sogokan RM1.6 juta ditahan SPRM Perak

IPOH – Seorang peguam yang dipercayai menerima sogokan berjumlah RM1.6 juta daripada seorang usahawan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak pada Rabu.

Difahamkan, wang sogokan itu adalah untuk membantu menutup kes jenayah penipuan pelaburan usahawan terbabit.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan di sebuah restoran di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh sekitar jam 11 pagi  tadi selepas menerima wang tunai berjumlah RM100,000 serta dua keping cek bernilai RM 1.5 juta daripada usahawan berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek tersebut.

Katanya, suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan permohonan reman. – MG Perak

Artikela Berkaitan:

Rasuah pegawai TNB, peniaga didenda RM20,000

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI