Maritim Perak serah dua nelayan Indonesia kepada kedutaan

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak, menyerahkan dua nelayan warga Indonesia yang diselamatkan di perairan negeri ini Mac lalu kepada kedutaan negara itu, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, penyerahan M Jabar, 38 dan Musliadi M. Aji, 44 yang masing-masing berasal dari Kabupaten Acheh Timur dilakukan di hadapan wakil kedutaan republik itu, Yoshi Iskandar di Pejabat Maritim Negeri, sekitar jam 11.30 pagi.

Katanya, urusan penghantaran pulang nelayan tersebut dilakukan oleh pihak Indonesia sendiri.

Malah tambahnya, wakil kedutaan republik berkenaan juga bersetuju menerima mangsa setelah selesai sesi pengesahan serta proses dokumentasi.

“Penyerahan dua nelayan warga Indonesia itu mencerminkan hubungan baik yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan kedua-dua negara terjamin,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Terdahulu, media melaporkan, dua nelayan warga Indonesia diselamatkan sebuah bot tunda selepas bot yang mereka naiki mengalami kebocoran dan tenggelam pada kedudukan 53 batu nautika barat laut dari Pulau Perak, dekat sini, 8 Mac lalu.

Dalam kejadian itu, mereka sedang dalam pelayaran dari Pulau Langkawi menuju ke Lumut. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak selamatkan dua nelayan warga Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI