Maritim Perak tahan bot tempatan, empat nelayan warga asing

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama empat lelaki warga asing atas pelbagai kesalahan di perairan negeri, pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, bot kelas C itu ditahan pada kedudukan 6.2 batu nautika barat daya Sungai Tiang, dekat sini kira-kira jam 9.59 pagi.

Menurutnya, sebelum itu pihaknya melalui KM Malawali yang diketuai Leftenan
Komander Maritim Nurul Hanin Mohd Isa melaksanakan rondaan di sekitar perairan negeri sebelum mengesan bot terbabit yang sedang melakukan aktiviti perikanan.

Maritim malaysia negeri perak perairan negeri nelayan bot tempatan Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama empat lelaki warga asing atas pelbagai kesalahan di perairan negeri ketika melakukan rondaan. Foto IHSAN MARITIM NEGERI PERAK

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot berkenaan dikendalikan oleh seorang tekong serta tiga nelayan warga Myanmar berumur dalam lingkungan 29 hingga 46 tahun.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, seorang kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, selain bot beroperasi kurang dari 15 batu nautika dari daratan serta tiada surat kelulusan penggunaan peralatan komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Tambah Mohamad Shukri, justeru kes disiasat di bawah bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ujar beliau, semua nelayan ditahan bersama bot, sementara hasil tangkapan peralatan
menangkap ikan dirampas untuk tindakan lanjut Maritim Malaysia.

“Aktiviti perikanan kurang 15 batu nautika dari pantai oleh bot kelas C boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem serta mengganggu mata pencarian nelayan tradisional yang bergantung hidup di kawasan tersebut.

“Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah diwartakan kerajaan dan tidak akan berkompromi mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Maritim Perak rampas 61 set bubu naga

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI