MB Perak lulus peruntukan RM1.32 juta bagi DUN Bota

PARIT – Keprihatinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad terhadap keperluan rakyat terus dizahirkan apabila meluluskan peruntukan RM1.32 juta bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Pegawai Khas Menteri Besar Perak DUN Bota, Sarah Syazwani Saari berkata, jumlah berkenaan melibatkan peruntukan membina sebuah bangunan tambahan satu tingkat di Sekolah Rendah Agama Rakyat As-Syakirin, Bandar Universiti, Seri Iskandar berjumlah RM925,700.

Menurutnya, peruntukkan tersebut juga melibatkan pembinaan longkang jalan di Kampung FELCRA Nasaruddin Belia berjumlag RM200,000; baik pulih surau Kampung Sepakat Jaya (RM50,000) dan bekalan peralatan seperti khemah, meja dan lain-lain (RM82,398).

“Kelulusan peruntukan berjumlah RM1,319,788 ini membuktikan bahawa Menteri Besar sentiasa prihatin terhadap keperluan rakyat dan memberi perhatian yang serius terhadap setiap permohonan yang dikemukakan.

“Peruntukan ini pastinya akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat serta menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan di DUN Bota,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Karnival Usahawan, Koperasi dan Jelajah YAKIN Dun Bota di Dewan Dato’ Ahmad Hambal, Bota Kanan, di sini.

Pada majlis berkenaan beliau turut menyerahkan Surat Kelulusan Peruntukan Kerajaan Negeri Perak kepada 16 penerima.

Sarah Syazwani berkata, sebagai Pegawai Khas Menteri Besar Perak bagi DUN Bota, beliau bersama pasukan akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan negeri.

Katanya, usaha itu penting bagi memastikan setiap peruntukan yang diluluskan dapat disalurkan secara berkesan dan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

“Semoga segala usaha ini menjadi pemangkin kepada pembangunan yang lebih baik pada masa hadapan serta membawa manfaat kepada seluruh masyarakat di DUN Bota,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI