MBI lancar pelan induk untuk urus kesesakan trafik

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melancarkan Pelan Induk Perancangan Pengurusan Lalu Lintas dan Infrastruktur 2023-2033 sebagai usaha mengurangkan kesesakan trafik yang kerap berlaku di bandar raya berkenaan.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, melalui usaha itu, MBI akan bekerjasama dengan pihak swasta, Perunding Trafik Bakti bagi melaksanakan kajian berhubung kelancaran lalu lintas di Ipoh.

Katanya, antara inisiatif yang sedang dikaji termasuk bagaimana kesesakan lalu lintas di Jalan Tambun dapat diselesaikan melalui usaha penggantian persimpangan lampu isyarat kepada persimpangan laluan pusingan-U.

MBI pelan induk kesesakan sesak ipoh trafik ipoh MBI MBI pelan induk kesesakan sesak ipoh trafik ipoh MBI
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching hadir merasmikan pelancaran Pelan Induk Landskap Ipoh 2023-2035; Pelan Induk Perancangan Pengurusan Lalulintas dan Infrastruktur MBI 2023-2033; Aplikasi Ipoh Go; Video Korporat MBI serta Video Pelancongan Ipoh, pada Isnin. Foto MAJLIS BANDARAYA IPOH

“Berbanding membina persimpangan lampu isyarat, penaiktarafan kepada persimpangan laluan pusingan-U dilihat mampu membuatkan aliran trafik terus bergerak tanpa perlu berhenti dalam tempoh masa lama.

“Secara umumnya, antara isu yang sering dikaitkan dengan kesesakan lalu lintas di Bandar Raya Ipoh adalah disebabkan dengan persimpangan lampu isyarat (yang terlalu banyak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pelan Induk Landskap Ipoh 2023-2035; Pelan Induk Perancangan Pengurusan Lalulintas dan Infrastruktur MBI 2023-2033; Aplikasi Ipoh Go; Video Korporat MBI serta Video Pelancongan Ipoh, di sini, pada Isnin.

Jelas Shy Ching, terdapat enam zon yang dikenal pasti di bawah pelan berkenaan, iaitu Zon A yang melibatkan Jalan Sultan Azlan Shah; Zon B (Jalan Raja DiHilir); Zon C (Jalan Sultan Azlan Shah; Zon D (Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab); Zon E (Jalan Raja Musa Aziz/ Jalan Raja Ashman Shah) serta Zon F (Jalan Sultan Iskandar Shah/Kawasan Pekan Lama Ipoh).

MBI pelan induk kesesakan sesak ipoh trafik ipoh MBI MBI pelan induk kesesakan sesak ipoh trafik ipoh MBI
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching hadir merasmikan pelancaran Pelan Induk Landskap Ipoh 2023-2035; Pelan Induk Perancangan Pengurusan Lalulintas dan Infrastruktur MBI 2023-2033; Aplikasi Ipoh Go; Video Korporat MBI serta Video Pelancongan Ipoh, pada Isnin. Foto MAJLIS BANDARAYA IPOH

Tambah beliau, kajian pengurusan lalu lintas itu dijalankan secara mikroskopik dan makroskopik dengan penghasilan laporan bertulis serta laporan model simulasi tiga dimensi.

Kata beliau, ia supaya supaya hasil penambahbaikan dapat dinilai secara realistik dan berkesan untuk menangani isu kesesakan lalu lintas secara bersepadu.

“Melihat kepada keberkesanan lalu lintas di Jalan Tambun, kajian yang dilaksanakan meliputi aspek termasuk, cadangan keperluan tempat letak kereta bagi kemudahan warga kota dan pengunjung di kawasan-kawasan tumpuan utama.

“Selain itu, turut diadakan kajian pengangkutan awam dengan mencadangkan kaedah penambaikan pilihan mod pengangkutan awam melalui pengintegrasian perancangan guna tanah serta pengangkutan dengan mengambilkira keperluan Orang Kurang Upaya (OKU),” menurutnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shy Ching, berkata kerajaan negeri bersedia mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung soal pelaksanaan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

“Perak mengalu-alukan perbincangan dalam usaha ini, namun kita hendak mengambil kira serta penilaian berdasarkan kepada negeri-negeri lain yang menggunapakai Akta 672.

“Ini kerana, kita hendak pastikan segala terma di bawah akta berkenaan bersesuaian dengan situasi di Negeri Perak,” katanya lagi.

Akta itu untuk memastikan keseragaman undang-undang dalam pengawalan serta pengawalseliaan perkara berhubungan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan, efektif serta merancakkan ekonomi kitaran. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JKR sedang kaji kurangkan lampu isyarat di Lebuhraya Ipoh-Lumut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI