JKR sedang kaji kurangkan lampu isyarat di Lebuhraya Ipoh-Lumut

IPOH – Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak sedang melakukan kajian untuk mengurangkan lampu isyarat di sepanjang laluan Lebuhraya Ipoh-Lumut bagi melancarkan lagi aliran trafik di Jalan Persekutuan itu.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ketika ini pihaknya sedang melihat keperluan untuk menyahaktifkan 15 lampu isyarat daripada 32 yang sedia ada.

Katanya, JKR juga sedang melihat keperluan untuk menggantikan kaedah persimpangan lampu isyarat sedia kepada kaedah persimpangan laluan pusingan-U sebagaimana yang dilaksanakan di Tambun ketika ini.

“JKR Perak dan Persekutuan sedang membuat kajian supaya memperbanyakkan persimpangan laluan pusingan-U di Lebuhraya Ipoh Lumut sebagai usaha memendekkan lagi tempoh perjalanan pengguna jalan raya di situ.

“Jika diikutkan, antara Ipoh ke Lumut tidak perlu mengambil tempoh masa lama namun, disebabkan terlalu banyak lampu isyarat maka perjalanannya menjadi lama.

“Ia amat tidak berbaloi terutama kepada mereka yang ingin beriadah ke Lumut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zainol Fadzi Paharudin (PN-Sungai Manik) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Jumaat.

Zainol sebelum itu meminta penjelasan kepada kerajaan negeri berkenaan usaha melancarkan lagi aliran trafik di lebuh raya berkenaan.

Lebuhraya Ipoh-Lumut yang sepanjang 70 kilometer itu menghubungkan beberapa kawasan dan daerah antaranya Ipoh, Batu Gajah, Perak Tengah, serta Manjung. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bangkai Pak Belang ditemukan di lebuh raya PLUS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI