PTPTN umum agihan dividen SSPN 4.10 peratus

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengumumkan agihan dividen Skim Simpan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) yang lebih kompetitif kepada pendeposit bagi tahun 2025 sebanyak 4.10 peratus, meningkat berbanding 4.05 peratus pada 2024.

Angka itu merupakan kadar tertinggi dalam tempoh 11 tahun.

PTPTN dalam kenyataannya berkata, pemberian dividen itu akan memberi manfaat kepada 6.07 juta akaun pendeposit Simpan SSPN melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM505.68 juta.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dividen adalah sebanyak RM2.63 billion sejak Simpan SSPN diperkenalkan pada tahun 2004.

Katanya, agihan dividen ini akan dimasukkan terus ke akaun Simpan SSPN dan pendeposit boleh membuat semakan penyata simpanan masing-masing melalui aplikasi myPTPTN mulai esok, 7 Mei 2026.

Pengagihan dividen Simpan SSPN tahun 2025 telah diumumkan oleh Pengerusi PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim, di Menara PTPTN, Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid, pasukan pengurusan serta rakan-rakan strategik.

“Peningkatan itu turut disokong oleh strategi pelaburan patuh syariah berjangka pendek dan panjang di pasaran wang dan sukuk tempatan yang memelihara prinsipal, di samping tawaran pulangan yang kompetitif.

“Strategi pengurusan risiko yang berkesan serta pemilihan portfolio pelaburan yang strategik dalam simpanan tetap jangka panjang dan sukuk telah berjaya meningkatkan pulangan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemberian dividen Simpan SSPN pada kadar 4.10 peratus itu juga menunjukkan pulangan bersih pelaburan yang positif jika dibandingkan dengan Kadar Dasar Semalaman yang ditetapkan oleh Bank Negara yang kekal pada kadar 2.75 peratus sepanjang tahun 2025.

Untuk rekod, pada 2025, jumlah deposit Simpan SSPN yang diterima adalah sebanyak RM3.33 bilion, meningkat sebanyak RM154.10 juta atau 4.86 peratus berbanding pencapaian tahun 2024 iaitu sebanyak RM3.17.

Selain itu, lebih 500 ribu pembukaan akaun baharu juga direkodkan pada tahun lalu.

Ini menjadikan keseluruhan deposit yang diterima sehingga 31 Disember 2025 adalah berjumlah RM23.88 bilion.

Prestasi ini merupakan pencapaian dan kejayaan yang membanggakan, selain sebagai bukti sokongan pendeposit Simpan SSPN terus kekal utuh.

“Simpan SSPN merupakan produk terbaik untuk masyarakat Malaysia membuat simpanan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak.

“Selain menawarkan kadar dividen yang kompetitif, pelbagai keistimewaan lain yang ditawarkan dan paling menarik, Simpan SSPN merupakan satu-satunya produk simpanan yang memberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000.

“Selain itu, perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, simpanan yang dijamin Kerajaan dan patuh syariah,” katanya lagi.

Sempena Belanjawan 2025, kerajaan telah bersetuju kriteria pemberian Geran Sepadan ke atas simpanan dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di IPT diperluaskan kepada keluarga berpendapatan melebihi RM4,000 sehingga RM6,000 bagi tempoh dua tahun di bawah Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI).

Pendeposit yang layak kini boleh memohon geran sepadan sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI