Aidiladha: Perak agih 464 lembu korban ke semua DUN

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengagihkan sebanyak 464 ekor lembu ke semua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan itu dilaksanakan hasil usaha bersama melalui komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini.

Katanya, antara GLC yang menyumbang ialah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC); Perbadanan Menteri Besar (MB Inc); Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk); Lembaga Air Perak (LAP) dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

“Agihan lembu korban ini turut melibatkan masjid dan surau, pasukan keselamatan, persatuan-persatuan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) terpilih di seluruh negeri.

“Seperti pelaksanaan sebelum ini, lafaz akad korban bagi kawasan DUN yang diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) beragama Islam akan disempurnakan oleh ADUN terbabit atau wakilnya,” katanya menerusi satu kenyataan, pada Rabu.

Aidiladha Perak agih lembu korban 464 DUN Perak lembu korban Aidiladha, agihan lembu korban Perak 2026, Saarani Mohamad Aidiladha Perak, lembu korban semua DUN Perak, program korban GLC Perak, bantuan korban negeri Perak, agihan korban masjid surau Perak, garis panduan korban Perak
Sekitar majlis akad penyerahan sumbangan lembu korban daripada wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Foto Pejabat Menteri Besar Perak.

Menurut beliau, bagi kawasan DUN yang diwakili ADUN bukan beragama Islam pula, proses akad akan dilaksanakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Jelas Saarani, bagi memastikan ibadah korban dilaksanakan selaras dengan kehendak syarak kerajaan negeri turut bekerjasama dengan Jabatan Mufti Negeri Perak bagi mengedarkan garis panduan khusus terutama berkaitan aspek wakalah atau kontrak antara pihak-pihak terlibat.

“Bagi menjamin kelancaran pelaksanaan, pematuhan syarak dan aspek kesihatan awam, pelaksanaan ibadah korban ini akan berpandukan peraturan serta garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” jelasnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Aidiladha lebih bermakna, petugas media Perak sertai korban lembu sumbangan PM

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI