Perbezaan aliran silat tidak wajar jadi punca perpecahan

IPOH – Perbezaan aliran, adat berguru dan kaedah latihan dalam seni persilatan tidak seharusnya menjadi punca perpecahan, sebaliknya perlu diraikan dengan semangat saling menghormati bagi memelihara persaudaraan antara perguruan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, bagi perguruan yang berteraskan ajaran Islam, kalimah tauhid dan syahadah menjadi paksi penyatuan yang mengatasi perbezaan aliran serta perguruan.

“Dalam usaha memastikan warisan ini terus berkembang, hubungan antara perguruan juga mesti sentiasa dipelihara dan perbezaan itu perlu diraikan dengan semangat saling menghormati dan menjaga persaudaraan.

“Bagi perguruan yang berteraskan ajaran Islam, kalimah tauhid dan syahadah menjadi paksi penyatuan yang mengatasi perbezaan aliran serta perguruan.

“Inilah semangat mahabbah yang perlu terus dipupuk agar seni persilatan kekal menjadi wadah yang menyatukan masyarakat,” katanya.

Perbezaan aliran silat tidak wajar jadi punca perpecahan
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berucap pada program Himpunan Mahabbah Pendekar Negeri Perak di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 OKTOBER 2026.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah pada program Himpunan Mahabbah Pendekar Perak 2026 di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Perak, di sini, hari ini.

Saarani turut menghargai usaha pertubuhan silat yang terus menyediakan ruang kepada golongan muda untuk mempelajari seni warisan berkenaan.

Menurutnya, latihan yang teratur bukan sahaja membantu membina disiplin dan keyakinan diri, malah turut membentuk ketahanan mental serta sikap menghormati orang lain.

“Pembentukan sahsiah sedemikian selari dengan hasrat Perak Sejahtera 2030 untuk membangunkan modal insan dan belia yang berkualiti,” ujarnya.

Program Himpunan Mahabbah Pendekar Perak 2026 bertemakan, “Mahabbah Diperkukuh, Warisan Dipelihara, Perpaduan Diperkasakan” anjuran Pertubuhan Seni Gayong Serantau Malaysia (PSGSM) Perak disertai kira-kira 500 pengamal silat yang berbilang lapisan umur dari pertubuhan gelanggang serta perguruan silat di sekitar negeri ini.

Artikel Berkaitan:

30 persatuan seni Perak terima geran berjumlah RM210,000

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI