Menara Jam Besar Sungai Siput berwajah baharu

SUNGAI SIPUT – Menara Jam Besar Sungai Siput kini berwajah baharu selepas kerja-kerja penyelenggaraan dan pengindahannya siap sepenuhnya.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, sebanyak RM150,000 telah diperuntukkan Kerajaan Negeri perak dalam usaha mengindahkan monumen bersejarah itu sebagai salah satu tarikan Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.

Menurut Sze Yee, ia juga bertujuan untuk mengembalikan kemegahan menara berkenaan sebagai salah satu monumen bersejarah untuk dihayati sebagai sejarah kemerdekaan.

“Menara Jam Besar Sungai Siput sudah lama tidak berfungsi disebabkan kerosakan mekanikal dan semakin dilupakan oleh penduduk tempatan.

“Namun kini ia sudah berwajah baharu dan tidak hanya kembali berfungsi berdenting setiap jam tetapi juga memberi nilai tambahan keindahan landskap Sungai Siput,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut Sze Yee berkata, orang ramai yang berkunjung ke menara jam berkenaan pada siang hari akan dapat merasai nilai sejarah yang ada.

“Jika berkunjung pada waktu malam pula, menara jam yang dihiasi dengan cahaya berwarna-warni akan memukau pandangan anda semua.

“Menara ini juga membawakan konsep kreatif untuk menghidupkan semula sejarah bandar dan menjadikannya satu lagi tarikan pelancongan di parlimen ini,” katanya.

Menara Jam Besar Sungai Siput yang dibina pada tahun 1957, merupakan simbolik semangat kemerdekaan masyarakat setempat yang menyumbang untuk pembinaannya.

Menara ini turut dicatatkan dengan tahun “MERDEKA 1957” sebagai tanda pencapaian perjuangan kemerdekaan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pakej Rail Tourism produk baharu TMP2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI