Menteri bukan Melayu akan dijemput ke Kongres Ekonomi Bumiputera – Anwar

IPOH – Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 yang akan diadakan selama tiga hari bermula 29 Februari depan bakal mengundang jemputan kepada barisan menteri dalam kalangan bukan Bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia merupakan salah satu pendekatan baru dan unik di bawah Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Katanya, beliau mahu masalah yang dihadapi golongan Bumiputera juga merupakan masalah bagi masyarakat Cina, dan India, dan begitu juga sebaliknya.

“Dengan menekankan beberapa pendekatan baru, membantu Bumiputera dengan berkesan dan satu aspek yang ada kelainan.

“Kongres ini akan menilai projek-projek yang akan dijalankan, akan memperkenalkan beberapa program dengan pendekatan baru.

“Ia juga akan mengenal pasti beberapa aspek masalah yang dihadapi oleh masyarakat yang terdiri daripada bukan Bumiputera,” katanya.

kongres ekonomi bumiputera anwar ibrahim perdana menteri anwar ibrahim kongres ekonomi bumiputera anwar ibrahim perdana menteri anwar ibrahim
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ucapan perasmian penutup pada Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak Tahun 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Perasmian Penutup Konvensyen Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina@Meru, di sini, pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi BN Perak merangkap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, serta Pengerusi PH Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, semua isu berkenaan harus ditangani dengan bijaksana dan mesti jadikan agenda bersama dengan memberi penekanan melalui beberapa pendekatan baru.

Tambah beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Induk KEB 2024 telah berjaya mengumpulkan pelbagai pihak dari kalangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan swasta untuk menjayakannya.

KEB 2024 dijadualkan akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu akan mencipta usaha memperkasa Bumiputera dalam soal teknologi baharu dan pelan futuristik untuk generasi akan datang. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lebih ramai Ahli Parlimen PN bakal sokong Kerajaan Perpaduan = Anwar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI