IPOH – Kerajaan Negeri Perak komited dalam menangani isu haiwan jalanan khususnya anjing dan kucing secara menyeluruh serta bagi jangka panjang menerusi pelbagai inisiatif berterusan.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, sebagai bukti komitmen tersebut, peruntukan bagi Perak Pawsitive Initiative pada tahun 2025 berjumlah RM150,000 dan ditingkatkan kepada RM300,000 pada tahun hadapan. -MGPerak





