SITIAWAN – Kerajaan Negeri Perak menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) menyasarkan untuk menyiapkan tiga lagi projek Rumah Perakku dan Rumah Perwira pada tahun ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia akan menjadikan keseluruhan 14 projek siap yang melibatkan 1,388 unit Rumah Perakku dan 882 unit Rumah Perwira di seluruh negeri. -MGPerak