MGPerak: 289 Doktor, 73 Jururawat Di Perak Letak Jawatan Sejak 2023

70

Seramai 289 pegawai perubatan (bukan pakar) dan 73 jururawat terlatih di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Perak meletak jawatan bagi tempoh 2023 hingga Jun 2025.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 103 pegawai perubatan (bukan pakar) meletakkan jawatan pada 2023, diikuti 133 orang pada 2024 dan 53 orang bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menurut beliau bagi jururawat terlatih pula seramai 30 meletakkan jawatan pada 2023, diikuti 31 orang pada tahun seterusnya dan 12 orang sehingga Jun 2025. -MGPerak

#mgperak #malaysiagazetteperak #KKM #DoktorPerak #Jururawatperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini