Kempen Tahun Melawat Perak 2024 melabuhkan tirainya dengan kejayaan melepasi sasaran kehadiran pelancong iaitu 8.4 juta pelancong harian direkodkan ke negeri ini, setakat November.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dalam tempoh sama, seramai 627,292 pelancong antarabangsa dicatatkan telah melawat ke Negeri Perak.
Katanya, data yang diperoleh daripada Tourism Malaysia itu menunjukkan peningkatan 135 peratus kehadiran pelancong berbanding kempen Tahun Melawat Perak 2017. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak