IPOH – Sebanyak 80 peratus penerima Geran Usahawan Perak Sejahtera (GeRAK) menunjukkan peningkatan pendapatan menerusi bantuan tersebut.
Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ia melibatkan 505 usahawan daripada 713 penerima geran tahun 2024. -MGPerak





