MGPerak: Aidilfitri: Polis Kenal Pasti 21 Lokasi Kemalangan Maut Di Perak

126

IPOH – Polis mengenal pasti 43 lokasi kerap berlaku kemalangan atau ‘hotspot’ dan 21 ‘blackspot’ atau lokasi kerap berlaku kemalangan maut terutama pada musim perayaan Aidilfitri di seluruh Negeri Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, antara lokasi hotspot yang dikenal pasti adalah kilometer (km) 30 Jalan Ipoh – Lumut di Bandar Universiti Perak Tengah, persimpangan lampu isyarat Plaza Tol Slim River di Muallim, serta Jalan Kuala Kangsar di Ipoh.

Katanya, semantara antara 21 lokasi kemalangan maut yang direkodkan adalah km 28.2 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar di Sungai Siput, km 16 Jalan Teluk Intan – Hutan Melintang di Bagan Datuk, serta persimpangan Petronas Slim River di Muallim. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini