IPOH – Akibat perselisihan faham, seorang pengusaha kedai aksesori telefon bimbit maut ditikam pekerjanya dalam kejadian pergaduhan di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Rasi Jaya, Menglembu, di sini, pada Khamis.
Mangsa yang maut dipercayai wanita warga tempatan dikenali sebagai Lee Siew Lean, 49, manakala teman lelaki dan suspek yang juga pekerja mangsa turut cedera dalam insiden itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu pada jam 10.55 pagi.
Menurutnya, siasatan awal lokasi mendapati mangsa adalah wanita berusia 49 tahun ditemui telah meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai ditikam oleh pekerjanya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak