MGPerak: Aktiviti Pertanian Mungkin Penyebab Kepala Air Di Slim River

154

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak menolak kemungkinan aktiviti pertanian antara punca insiden kepala air berlaku di Slim River Jumaat lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mengikut laporan yang dikeluarkan Jabatan Perhutanan, tiada aktiviti pembalakan kelolaan jabatan tersebut dikesan di kawasan tersebut.

Beliau tidak menafikan memang terdapat sisa kayu dihanyutkan sewaktu kejadian tersebut namun itu bukan melibatkan pembalakan baharu. – MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini