MGPerak: Arca Besi Tempa Nama Raja Shahriman Hingga Ke Pentas Antarabangsa

48

DALAM dunia seni halus, arca besi lazimnya sering ditafsir sebagai manifestasi kepada kekuatan fizikal dan spiritual, serta jiwa pengkaryanya.

Di Kuala Kangsar, arca besi yang dihasilkan pengarca tersohor negara, Raja Shahriman Raja Aziddin, 59, boleh disifatkan sebagai medium komunikasi visual yang menterjemahkan pelbagai perkara.

Anak jati Bandar Diraja Perak itu berkata, selain perkembangan isu semasa, setiap siri arca yang dihasilkan olehnya lahir daripada refleksi diri dan pengalaman hidup khususnya yang dilalui sepanjang berada dalam arena seni sejak lebih daripada 30 tahun. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini