DAUN yang gugur tidak lagi sekadar menjadi ‘sisa alam’, sebaliknya mampu diolah menjadi medium seni cetakan fabrik eco-print bernilai tinggi menerusi penghasilan produk kraf mesra alam yang unik dan eksklusif.
Berbeza dengan batik cetak konvensional yang menggunakan lilin serta bahan pewarna tiruan, teknik eco-print menggunakan daun serta mampu menghasilkan corak asli pada fabrik yang mempunyai nilai estetik tersendiri.
Pendekatan ini bukan sahaja mengangkat nilai seni kraf tempatan, malah turut menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar melalui penggunaan sumber semula jadi secara kreatif dan lestari. – MGPerak





