Kementerian Pertahanan menegaskan bahawa aspek kesihatan adalah keutamaan dalam sebarang bentuk latihan ketenteraan, termasuk program Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang melibatkan penyertaan pelatih daripada institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, langkah ini diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sepanjang tempoh latihan yang bersifat lasak dan mencabar.
Menurutnya, terdapat kes melibatkan peserta yang tidak memenuhi keperluan kesihatan telah dihantar pulang supaya tidak menanggung risiko semasa menjalani latihan. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #palapes