MGPerak: Bangunan KPPK MAIPk Angkat Estetika Seni Bina Melayu

54

IPOH – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memulakan pembinaan Kompleks Pentadbiran dan Pusat Komersial (KPPK) yang bakal menjadi mercu tanda baharu Bandaraya Ipoh yang memperlihatkan warisan sejarah.

Projek bernilai RM74.6 juta itu menampilkan reka bentuk seni bina Nusantara Melayu, berinspirasikan elemen dan motif rumah tradisional Melayu Perak, khususnya Rumah Kutai.

Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata, usaha berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif MAIPk dalam memberi nafas baharu disamping menyuntik roh dalam hasrat memartabatkan seni bina warisan Melayu yang kian terpinggir dalam arus pembangunan moden. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini