Sebanyak 30 keluarga dari dua perkampungan masyarakat Orang Asli di sini, terputus hubungan dalam kejadian banjir yang melanda perkampungan mereka pada pagi Ahad.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, mangsa dianggarkan lebih 100 orang yang merupakan penduduk dari Kampung Orang Asli Jong dan Kampung Orang Asli Chenein. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak