IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pentadbiran Agama Islam (Perak) (Pindaan) 2026 secara sebulat suara tanpa pindaan sempena Mesyuarat Kedua Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-15 di sini pada Rabu.
RUU yang mengandungi 16 fasal itu dibentangkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum dibahaskan Dr Mohamad Yusri Bakir (BN-Ayer Kuning) selaku penyokong usul dan Mohd Fakhrudin Abdul Aziz (PN-Kamunting) yang mewakili pembangkang. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #SaaraniMohamad #MBPerak





