MGPerak: Bantuan RM1,000 Ringankan Beban Bakal Jemaah Haji Perak

1

MENJELANG tibanya musim haji pada tahun ini, suasana dalam kalangan umat Islam khususnya di negeri Perak semakin dirasai apabila ribuan bakal jemaah mula membuat persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan persiapan menghadapi musim haji berjalan lancar dengan dijangkakan tiada sebarang perubahan, termasuk kepada jadual penerbangan pertama masih kekal pada 18 April.

Dalam kehangatan menyahut panggilan Baitullah, Kerajaan Negeri Perak buat pertama kali tampil menerusi inisiatif penyaluran bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada setiap seorang bakal jemaah haji di negeri ini bagi musim 1447H/2026M. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #mgperak #haji #PerakSejahtera2030

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini