MGPerak: Bapa Nuraina Humaira Tidak Sangka Mayat Anaknya Berada Dekat Dengan Kediaman Mereka.

157

SUNGAI SIPUT – Lokasi penemuan mayat Nuraina Humaira Rosli, 10, di kawasan berpaya dekat perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini, tidak pernah dilalui oleh penduduk di kampung berkenaan kerana ‘didiami’ haiwan berbisa terutama ular.

Bapa mangsa, Rosli Mahadi, 48, berkata, penduduk kampung tidak melalui kawasan berpaya itu kerana dipenuhi semak samun dan banyak binatang berbisa yang boleh mengancam keselamatan mereka.

Menurutnya, anak sulungnya itu seorang yang sangat taat kepada ibu bapa dan sentiasa memaklumkan kepada mereka jika ingin pergi ke mana-mana. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini