TELUK INTAN – Seorang bapa tunggal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Teluk Intan pada Jumaat atas 10 pertuduhan merogol anak perempuannya yang berusia 11 tahun, sejak Jun lalu.
Lelaki berusia 43 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Norhamizah Shaiffuddin. -MGPerak