IPOH – Bekalan ayam pedaging di Perak berada pada tahap mencukupi dengan pengeluaran semasa dianggarkan sekitar 10 hingga 12 juta ekor sebulan serta mampu menampung peningkatan permintaan menjelang musim perayaan Aidilfitri.
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, hasil pemantauan berterusan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak bersama agensi berkaitan mendapati sektor pengeluaran ternakan negeri ini berada dalam keadaan baik dan stabil. -MGPerak





