IPOH – Seorang bekas guru sekolah agama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun, Ogos tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Najmuddin Jamal, 27, membuat pengakuan tersebut selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim, Jean Sharmila Jesudason. -MGPerak