Kerajaan Perak akan menunggu keputusan hasil kajian di peringkat Persekutuan berhubung cadangan pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (WFH) bagi penjawat awam negeri susulan kesan akibat konflik di Asia Barat.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana sebarang langkah yang ingin diambil perlu mempunyai keselarasan antara negeri dan Persekutuan bagi memastikan kelancaran operasi penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #bekerjadarirumah #WFH





