TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menggalas amanah serta melaksanakan pembangunan Galeri Muzik Sultan Idris A’fifullah Shah seperti yang diumumkan dalam Belanjawan Perak 2025, Jumaat lalu.
Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff menzahirkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan kerajaan negeri meluluskan peruntukkan berkenaan.
Menurut beliau, galeri dengan peruntukkan berjumlah RM2.65 juta itu, bakal menghimpunkan peralatan dan karya muzik Almarhum Sultan Idris untuk tontonan umum serta kegunaan kajian. -MGPerak