KUALA KANGSAR – Belanjawan Perak 2026 yang akan diumumkan pada 25 November ini dijangka akan memberi penumpuan khusus kepada agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, beliau yakin belanjawan kali ini akan memfokuskan kepada pelbagai inisiatif sosial serta bantuan kepada golongan memerlukan. -MGPerak





