MGPerak: Beli Komputer Di Kedai Isteri, Bekas Pengurus Besar Dihadap Ke Mahkamah

249

Seorang bekas Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tambun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dekat sini, pada Khamis atas pertuduhan salah guna kuasa bagi mendapatkan rasuah RM7,400 empat tahun lalu.

Tertuduh, Wan Khairul Faizee Wan Zulkifli, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Berdasarkan pertuduhan, dia yang ketika itu sebagai pengurus besar didakwa menggunakan jawatan untuk mendapatkan rasuah bagi diri sendiri apabila meluluskan baucar pembelian sebuah komputer tablet Microsoft Surface Pro 7 bernilai RM7,400. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini