MGPerak: Beri Rasuah RM8,000 Kepada Pegawai TNB, Peniaga Didenda RM20,000

272

Seorang peniaga didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, pada Rabu atas dua pertuduhan memberi rasuah kepada pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadapnya tiga tahun lalu.

Hakim, Datuk Ibrahim Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, RK Sandra Segar, 39, selepas dia membuat pengakuan salah sebaik kertas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil.

Mahkamah turut memerintahkan wang suapan berjumlah RM8,000 disita dalam kes itu dilucuthak kepada kerajaan mengikut Seksyen 40 (1) (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini