KISAH kematian enam ekor kambing pada awal pembabitan dalam bidang penternakan bukan sekadar pengalaman pahit, sebaliknya menjadi titik perubahan yang membentuk tekad seorang usahawan muda dari Ipoh, Perak untuk bangkit dan berjaya.
Kegagalan akibat kekurangan ilmu itu membuka ruang pembelajaran berharga buat pemilik perusahaan U Kambing Enterprise Madzarul Yusuf Ahmad, 34, yang menjadi pemangkin kepadanya untuk terus berusaha bagi memastikan perniagaan penternakan kambing diceburinya terus maju ke hadapan.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Antarabangsa UNITAR mengambil langkah berani menceburi bidang penternakan selepas tamat pengajian, tanpa pengalaman dan tanpa latar belakang keluarga dalam perniagaan sekitar tahun 2017. -MGPerak
#mgperak #malaysiagazetteperak #penternakkambing





