Bergelar seorang isteri dan pada masa sama merupakan Gen Z yang gemar memasak mendorong Mashitah Muhamad Basir, 28, melihat wujudnya peluang untuk menawar perkhidmatan yang dapat menjimatkan masa penyediaan makanan.
Graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu kemudiannya mengambil langkah berani memulakan perniagaan menawarkan bahan kisar segar secara atas talian dengan nama TheMakcikBawang kira-kira dua tahun lalu.
Menurutnya, dia menjual produk bahan kisar seperti cili, bawang merah, bawang putih, halia dan lain-lain yang dibungkus dalam balang dan dilabel sebelum dihantar ke pelanggan menggunakan khidmat penghantaran. -MGPerak





