PERAK pernah mencipta sejarah tersendiri kerana diiktiraf sebagai destinasi popular negara dan menerima anugerah serta tersenarai dalam 10 wilayah terkemuka dunia untuk dilawati oleh portal pengembaraan dunia, Lonely Planet.
Malah, bandar raya Ipoh pula dipilih antara 18 lokasi ‘Underrated oleh Cnn Travel List’ serta tersenarai dalam Rangkaian Bandar Kreatif (UCCN) Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) bagi kategori muzik pada tahun lalu.
Ini menunjukkan industri pelancongan adalah antara penyumbang terbesar kepada sosio ekonomi di Perak sekali gus memberi impak kepada pertumbuhan pembangunan serta masyarakat setempat.
Justeru, demi memastikan kelangsungan industri pelancongan di negeri ini, tumpuan menyeluruh perlu diberikan kepada usaha-usaha ke arah peningkatan produktiviti dan penjanaan ekonomi yang mampan.
MG Perak berkesempatan meluangkan masa menemu bual Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee di Taman DR Seenivasagam baru-baru ini untuk mendapatkan lebih banyak input berhubung sektor pelancongan di negeri ini khususnya sempena penganjuran Tahun Melawat Perak (TMP) 2024.
BACA ARTIKEL:
Gabungan produk lama dan baharu bakal lonjakkan TMP 2024 – Sze Yee
Gabungan produk lama dan baharu bakal lonjakkan TMP 2024 – Sze Yee