Padang Esplanade, dekat sini, yang mencecah usia 135 tahun kini diberi nafas baharu apabila dilengkapi dengan lampu limpah yang akan memberi manfaat kepada aktiviti riadah malam penduduk setempat.
Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh berkata, pemasangan empat lampu limpah kelas ketiga di padang berkenaan hasil Program Sentuhan Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Julai lalu yang melibatkan kos berjumlah RM490,000. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #taiping