Barisan Nasional (BN) Perak tidak akan memandang mudah saingan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun di atas kertas parti itu dilihat mampu mempertahankan kerusi berkenaan, namun gerak kerja jentera parti perlu digerakkan dalam mendekati pengundi daripada pelbagai golongan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak #prk #pilihanraya